eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

7 Hari Mencintaiku 2 ,Siti Saleha Dedah ‘Mak Leha’ Tak Sabar Nak Gaduh

7 Hari Mencintaiku , drama ini pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun 2016 dengan lakonan hebat daripada beberapa pelakon yang kini juga masih menjadi pilihan ramai peminat drama tempatan untuk menyaksikan lakonan mereka.


Bagaimanapun, setelah pelakon Syazwan Zukifly dan Wan Sharmila memberikan bayangan bahawa adanya musim kedua drama berkenaan dan kini terbaru, Siti Saleha pula menambahkan perasaan tidak sabar peminat untuk menyaksikan musim kedua itu.

Lucunya pula, Siti Saleha berkongsikan rakaman video 7 Hari Mencintaiku 2 yang kelihatan dia bersama watak Mak Leha yang dilakonkan oleh pelakon hebat, Liza Abdullah.

Siti Saleha kongsi video 7 Hari Mencintaiku 2






Ujar pelakon jelita ini, Mak Leha seperti sudah tidak sabar untuk bergaduh dengannya yang memegang watak Mia Adriana dalam drama 7 Hari Mencintaiku.


Mak Leha memang tak sabar nak gaduh ngan Mia. Kesian Mia, time pregnant pun nak cari gaduh. First day on set together.” Katanya menerusi posting berkenaan. 


Dedahnya moment itu merupakan hari pertama di set pengambaran bersama dan dapat dilihat masing-masing sangat riuh sehingga peminat dan pengikut juga seronok.

Ternyata, ramai juga meluahkan rasa tidak sabar menantikan musim kedua drama berkenaan yang mana dahulunya menjadi drama pilihan netizen yang paling best.

“Tak sabar nak tengok”






“Cepat la tayang kan drama ni….”




Sumber: Siti Saleha