eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bukan Kahwin Paksa Drama Lakonan Kamal Adli, Hannah Delisha




Nantikan drama adaptasi novel 'Bukan Kahwin Paksa' karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha. Drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Bukan Kahwin Paksa disiarkan bermula 7 Februari 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : BUKAN KAHWIN PAKSA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Baizura Kahar
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Uda (Izz Rizqin)
Hannah Delisha sebagai Dara Safiya
Afiq Muiz sebagai Azz Rizqin
Alya Iman sebagai Arianna
Danial Dashuki sebagai Ryan
Oktovia Manrose sebagai Nita
Husna Mustaffa sebagai Tiz
Jasper Supayah sebagai Vee
Qistina Khaled sebagai Liz
Dhia Irdina sebagai Elly

LAGU TEMA / OST
Ismail Izzani & Andi Bernadee - Hello

SINOPSIS BUKAN KAHWIN PAKSA

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya.

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.