Guru Wanita Tak Sangka Berjodoh Dengan Pelajar Sendiri - Keli Merah
Dari Sekolah Ke Pelamin, Guru Wanita Tak Sangka Berjodoh Dengan Pelajar Sendiri

Setiap orang pasti mahukan jodoh yang terbaik untuk diri mereka. Mana tidaknya, insan itulah yang bakal menjadi peneman dalam mengharungi hidup berumah tangga sampai ke hujung nyawa. Kata orang, jodoh itu sememangnya menjadi rahsia Allah. Bahkan jodoh seseorang itu boleh bertaut dengan cara yang tidak disangka-sangka seperti pengalaman wanita ini apabila dia berkahwin dengan anak murid sendiri.

Si suami merupakan bekas anak murid

Kisah berkenaan telah dikongsikan oleh seorang wanita bernama Mainur Hasnah, merangkap tenaga pengajar di sebuah sekolah menengah. Jelasnya, dia sama sekali tidak menyangka bekas anak muridnya iaitu Mohammad Aiman akan bergelar suami kepada dirinya. Sewaktu zaman sekolah dahulu, hubungan mereka berdua hanyalah sekadar seorang guru dan juga pelajar. Walau bagaimanapun, ia berubah selepas mereka bertemu kembali melalui media sosial sekitar setahun lalu.

Baca: Nenek Lahirkan Bayi Selepas 46 Tahun,Kerana Mitos Zuriat Jadi 'Batu'

Selesa Berkawan Walaupun Jauh Berbeza Usia

Siapa sangka mereka akhirnya menemui keserasian sebelum menyulam perasaan bersama. Guru berusia 29 tahun itu juga menyatakan urusan meminta restu ibu bapa mereka turut dipermudahkan walaupun lelaki tersebut baru sahaja berusia 20 tahun. Jelas wanita ini lagi, keluarga mereka dikatakan sangat gembira dengan berita itu meskipun pada awalnya sedikit terkejut.

Mula-mula Aku Macam Tak Boleh Terima Tapi Korang Comel Sangat

Dengan hanya melakukan kenduri secara sederhana, kedua-dua mereka selamat diijabkabulkan pada tanggal 1 Disember yang lalu setelah bertunang hampir 3 bulan. Rata-rata netizen dilihat terkejut dengan perkongsian tersebut sekali gus memuji kecomelan suami isteri berkenaan walaupun umur mereka berbeza 9 tahun. 

Sumber: Twitter mnrhnh

Guru Wanita Tak Sangka Berjodoh Dengan Pelajar Sendiri

Load Comments

Notifications

Disqus Logo