eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Ini Setiap Hari Melepaskan Rindu Di Kubur Tuannya


  Setiap dari kita pasti merindui sesuatu setelah kehilangannya ,ia bukan terjadi pada manusia sahaja tetapi juga kepada mahkluk lain seperti haiwan ikuti kisah kucing ni yang dikongsikan Qaisarah Afiqah tentang kisah hidup arwah ayah saya iaitu Romali Mamat dan kucingnya


BACA: Lelaki Ini Nekad Masak Dan Makan Kaki Sendiri Yang Putus


Ayah Tidak Pernah Sekali Marah Pada Kucing

Menurut Qaisarah, bapanya mempunyai peribadi yang sangat dikagumi kerana dia sentiasa bersabar melayan karenah anak serta beberapa ekor kucing kesayangan miliknya. Walaupun ayahnya mempunyai masalah jantung, dia tidak pernah sekalipun mengeluh menguruskan kucing 

Setiap seekor ada macam-macam ragam. Ada seekor yang diberi nama Ted di mana kerjanya asyik berak merata sahaja. Bukan di atas rumput, tetapi di atas sofa atau karpet memandangkan ia duduk di dalam rumah.

Seingat saya, lebih 30 kali ayah terpaksa cuci hasil buangan si Ted itu. Bangun sahaja daripada tidur, pasti terhidu bau ‘nyaman’ yang datang daripada ‘hadiah’ Ted tinggalkan. Ayahlah yang membersihkan ‘harta’ yang lupa disorok Ted itu memandangkan dalam keluarga kami, semuanya geli belaka.

Kadang-kadang, kasihan tengok ayah sampai mengah dibuatnya sebaik sahaja selesai membersihkan tahi Ted



Ini nama dia Boboy. Salah seekor yang gemar kacau ayah baca surat khabar pagi-pagi. Setiap kali abang pergi ke kubur ayah, pasti Boboy akan ikut sekali. Kadang-kadang, abang baru buka pintu rumah, Boboy yang pergi dulu ke kubur. Tak sabar agaknya untuk jumpa ayah. Ia seolah-olah tahu rutin itu.




Rutin ini berlaku selama empat bulan hinggalah pada suatu hari, Boboy menghilangkan diri. Sampai sekarang kami semua tidak tahu apa yang terjadi pada Boboy. Masih hidupkah Boboy? Atau mungkin dia sedang bermain-main dengan ayah di atas sana? Pada mulanya, ibu sampai tak lalu makan memikirkan nasib Boboy yang pintar itu. Lama-kelamaan, kami semua pasrah. Sekiranya Boboy masih hidup, saya sentiasa berdoa agar ia dipelihara oleh tuan semurni ayah.

Kucing-Kucing Selalu Duduk Atas Surat Khabar Ayah

Bukan itu sahaja, malahan rutin pagi ayahnya juga akan diganggu oleh haiwan peliharaan mereka ini. Kucing-kucing tersebut gemar duduk di atas surat khabar yang sedang dibaca oleh ayahnya. Sifat penyayang ayahnya telah mengatasi segalanya sehinggakan dia sanggup beralah demi mereka. 


Boboy Suka Ikut Abang Melawat Ayah

Akhirnya, pada tarikh 13 Februari tahun 2016 ayahnya telah ‘pergi’ disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru. Ted seolah-olah sedih akan pemergian itu. Sejak itu, abang gadis yang berasal daripada Terengganu ini akan melawat ke kubur ayahnya setiap hari sambil ditemani oleh satu lagi kucing mereka yang bernama Boboy pula. Rutin tersebut berlangsung selama 4 bulan.



Apa jadi dengan Ted? Ted juga telah tiada. Sama seperti Boboy, sampai ke hari ini kami tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. Mungkin masing-masing bawa diri sebab rasa kehilangan apabila tuannya telah tiada. Mungkin juga mereka tidak mahu mati di depan mata kami.


Haiwan pun tahu kenang jasa

Tegas gadis ini, peristiwa yang berlaku itu membuatkan dirinya sedar bahawa jika seseorang ikhlas melayan baik terhadap haiwan, pasti akan dibalas dengan kebaikan. Jasa individu berkenaan akan dikenang meskipun telah tiada.



Sumber: Qaisara Afiqah