eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mampu Hafaz 30 Juzuk, Budak Autisme Buat Netizen Kagum

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yang sihat serta membesar dengan baik seperti orang lain. Walau bagaimanapun, adakalanya perancangan daripada Allah S.W.T itu lebih hebat daripada apa yang dibayangkan. Seperti sepasang suami isteri ini, mereka dikurniakan anugerah paling bernilai iaitu seorang anak lelaki yang dilahirkan dengan masalah autisme ringan. 


Dah 11 Tahun Tapi Berperangai Seperti Usia 5 Tahun

Kanak-kanak lelaki yang bernama Ammar Qayyim kini sudah pun berusia 11 tahun. Walaupun mungkin fizikalnya sama seperti rakan seusia lain, namun perlakuan serta pemikirannya masih lagi seperti budak berumur 5 atau 6 tahun. Menerusi artikel Harian Metro, insan istimewa itu masih lagi belum mampu untuk menguruskan diri sendiri serta masih berbotol susu dan memakai lampin. Tetapi, nyatanya Allah itu Maha Adil. 



Mampu Hafaz 30 Juzuk Dengan Baik Sejak Umur 8 Tahun

Ammar berupaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dengan baik sejak berumur 8 tahun lagi. Kelebihan tersebut mula disedari apabila kedua-dua ibu bapanya menghantar anak mereka itu untuk belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia. Walaupun baru seminggu berada di sana, ibunya berkata kanak-kanak tersebut sudah berjaya menyambung serta meneka surah yang diuji.


Alhamdulillah Anak Syurga Yang Terpilih

Perkara tersebut telah membuka hatinya untuk menyokong penuh usaha anak bongsu daripada dua beradik itu. Malah wanita tersebut turut menasihatkan ibu bapa yang juga mempunyai anak istimewa seperti ini untuk tidak berputus asa dan berusaha mencari kelebihan pada diri mereka. Perkongsian berkenaan turut menerima respon positif daripada netizen. Rata-rata memuji kanak-kanak tersebut dan mendoakan semoga urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.




Sumber :Harian Metro