eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Menjadi Budak Genius Berumur 4 Tahun Termuda Dalam Persatuan IQ Tinggi Dunia

Kisah luar biasa seorang budak genius. Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim baru sahaja berusia 4 tahun.

Muhammad Haryz memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 142 dalam ujian Standford Binet. Ini menjadikannya ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi Global iaitu Mensa.

Menerusi laporan Sinar Harian, Muhammad Haryz sudah boleh membaca buku sedari usianya 2 tahun lagi. Kebolehannya itu dikesan oleh ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim dan juga bapanya.

BACA: Lelaki Ini Nekad Masak Dan Makan Kaki Sendiri Yang Putus

Menurut ibunya lagi, anak tunggalnya itu dilahirkan di United Kingdom(UK) dan akan menghabiskan baca sekurang-kurangnya 2 buku setiap hari.

Tambahnya lagi, Muhammad Haryz sangat sukakan buku dan nombor. Sejak dari bayi lagi Nur Anira Asyikin menjadikan rutin membaca buku kepada Muhammad Haryz.

Ceritanya lagi setiap kali habis membacakannya buku pasti Muhammad Haryz akan cuba mengingati cerita tersebut dan menceritakan semula pada ibu dan bapanya. Wow, dasyat betul cara ingatan Muhammad Haryz ini!

Keistimewaan budak genius ini turut dikenalpasti oleh gurunya di sekolah. Dia dikatakan lebih cerdas berbanding rakan sebayanya. Dari situ ibubapanya mula menghantar e-mel kepada seorang psikologi kanak-kanak pintar di Britain untuk menilai tahap IQ anak mereka.

Hasilnya, Muhammad Haryz memperoleh skor 142 dalam ujian Standford Binet dan dia menjadi ahli termuda di Mensa.

Sumber: Sinar Harian