eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Minggu Pertama Sepahtu Reunion 2020 Sudah Bikin Ketawa Pecah Perut !

Biarpun baru episod pertama namun keletah pelawak-pelawak ini sememangnya bikin berdekah!

Menonton ringkasan episod kali ini sahaja sudah boleh membuat tertawa apatah lagi penonton yang hadir secara langsung.



Psst, ada persembahan istimewa Diana Danielle menyanyi secara langsung juga ya.

Berikut adalah ringkasan episod pertama Sepahtu Reunion 2020:




Sebuah rancangan sitkom, Sepahtu Reunion 2020 dibintangi oleh Jep, Rahim, Shuib, Pak Ya dan artis jemputan berbeza setiap minggu. Disiarkan secara langsung setiap Jumaat di Astro Warna.

Pada 17 Januari lalu Sepahtu Reunion 2020 sudah pun mula bersiaran secara langsung. Di minggu pertama ini kelihatan tetamu jemputan mereka adalah Salih Yaacob, Diana Danielle dan Dayang Nurfaizah.



Di ruangan komen, rata-rata netizen yang sempat menonton episod pertama ini meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:


“Kelakar gila tengok malam tadi. Part Shuib mati tu lagi teruk kelako dia!..”




“Permulaan yang semangat besttt!!”



“Minggu pertama dah non stop lawak ni aduhh sakit perut”





Biarpun episod pertama ini buat ketawa terbahak-bahak namun pengajaran yang boleh didapati darinya adalah hubungan antara anak dan bapa yang saling berkorban antara satu sama lain. Agaknya minggu depan apa pula idea mereka ini ya?



Sumber: Official Ria X