Sebelum ini negara pernah kecoh dengan satu nahas jalan raya yang telah mengorbankan sepasang suami isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin dan Muhammad Syakiran Samsudin serta seorang anak dalam kandungan wanita tersebut. Lebih menyedihkan apabila seorang lagi anak mereka yang berusia kurang dari 2 tahun terpaksa meneruskan hidup sendiri tanpa keluarga di sisi. Hampir 2 bulan tragedi hitam itu berlalu, foto adik Arfan tular sekali lagi di laman Facebook dan mengundang rasa sedih ramai orang.
Hanya Merenung Sayu Seolah Rindu
Penjaga kepada kanak-kanak tersebut yang juga merangkap bapa saudaranya, Nur Azuan Shamsuddin telah memuat naik beberapa foto sewaktu mereka melawat pusara milik ibu dan ayahnya. Seolah-olah mengerti dengan apa yang telah terjadi, Arfan atau nama penuhnya Muhammad Arfan Ziqry dilihat merenung sayu tempat itu tanpa mempedulikan orang lain di sekelilingnya. Difahamkan, dia sempat memanggil-manggil ibunya selepas diberitahu kubur itu kepunyaan adalah wanita tersebut.
Susah Diajak Pulang Walaupun Sudah Dipujuk Beberapa Kali
Berat hati pemuda tersebut melihat situasi yang berlaku di hadapan matanya. Insan kecil itu dilihat sibuk bermain-main dan menguis pasir berhampiran pusara tersebut walhal sebelum ini tidak pernah sekali berkelakuan seperti itu. Apabila diajak pulang, Arfan seakan-akan berat untuk melangkah pergi dan mula merengek tidak mahu berganjak walaupun sudah dipujuk beberapa kali.
Sumber:Azuan Shamsuddin