eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Walaupun Hidap Masalah Kulit Serius ,Tulisan Jawi Adik Ini Buat Ramai Kagum





Kekurangan dari segi fizikal bukanlah penghalang utuk kita melakukan sesuatu ,dengan semangat yang kental serta tanpa pernah jemu untuk tidak berputus asa adalah salah satu dari sikap positif yang perlu ada bagi menghadapi setiap daripada cabaran dari hidup .setiap dari kita diberi kelebihan dari pelbagai segi kadang kala mereka yang kurang sempurna inilah mempunyai kelebihan yang tidak ada dari orang yang sempurna fizikalnya seperti kisah kanak-kanak bernama Muhammad Alif  Firdaus ini





Sukar Untuk  Menulis Sebab Jari Melekat

Menerusi posting Facebook dibuat oleh Ruz Dyah, dia meluahkan rasa bangga terhadap bakat yang dikurniakan anak lelakinya itu. Gara-gara menghidap masalah kulit yang serius (Epidermolysis Bullosa), keadaan jari jemari anaknya melekat dan mengelupas kemerah-merahan. Meskipun begitu, tulisan jawi ditulis oleh Alif masih kelihatan rapi berbanding anaknya yang lain.










Adik Alif Tak Pernah Merungut & Semangat Bersekolah

Menurut ibu kepada 3 orang anak ini lagi, Muhammad Alif sudah masuk darjah 3 bagi sesi persekolahan tahun ini. Lebih mengharukan, ibunya memuji semangat yang ditonjolkan oleh buah hatinya ini kerana mampu menguruskan dirinya sendiri di sekolah walaupun kekurangan itu. Di penghujungnya, dia sempat meluahkan rasa kesyukuran atas kehadiran anak istimewanya ini dalam hidup mereka. 





Kita Yang Sempurna Belum Mampu Tulis Secantik Dia

Melihat ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa kagum dengan hasil kerja adik ini yang kemas. Ramai tampil memuji bakat dirinya melebihi seseorang yang normal. Tidak kurangnya juga ada yang turut mendoakan terbaik buat kanak-kanak ini. 











Sumber:  Ruz Dyah