eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ali Puteh kongsi kisah tentang arwah Abam di Meletop, Minta mandi jam 2 pagi

Pada Isnin minggu lalu, berita pemergian pelawak popular Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey sangat mengejutkan ramai pihak.

Apatah lagi rakan terdekatnya yang turut terkejut dan merasa kehilangan Abam Bocey sehinggakan ramai selebriti terkenal tidak kira penyanyi mahupun pelakon atau pelawak berkongsikan kisah mereka bersama.


Walau bagaimanapun, yang dapat dilihat juga betapa sedihnya Fad dan Achey apabila kehilangan salah seorang anggota kumpulan mereka itu yang difahamkan mula bersama sejak tahun 2012.

Bukan hanya mereka saja terkesan malah adiknya yang juga merupakan pelawak terkenal, Ali Puteh turut merasakan kehilangan.

Namun begitu, terbaru setelah lebih seminggu pemergian Abam Bocey, mereka bertiga telah dijemput ke rancangan Meletop semalam dan berkongsikan kenangan terindah mereka bersama.

Selain Fad dan Achey mengungkapkan tentang Abam, kisah dikongsikan Ali Puteh juga membuatkan Nabil Ahmad sebagai pengacara turut rasa sayu.

Ujar adik kepada pelawak popular itu, mereka pernah berjanji untuk tidak terlalu berkongsikan bahawa mereka adik-beradik, ekoran ingin mengelak sebarang masalah yang akan berlaku.

Ali Puteh kongsi kisah Abam di Meletop

Ali juga mengatakan ada satu perangai ‘pelik’ seminggu sebelum perginya Abam dimana dia memberitahu agar mak mereka duduk bersama Ali. Abam juga memberitahu jiwanya kosong dan merasa tenang.


Pada Ahad sebelum perginya Abam pada pagi Isnin, Abam menelefon maknya kerana tidak dapat ikut untuk menemani maknya berubat kerana sakit.

Ujarnya lagi, dia bertanyakan isteri Abam apa yang berlaku pada malam berkenaan, isterinya memberitahu Abam meminta untuk mandi pada jam 2 pagi selain kukunya semua dipotong.



Achey juga menjelaskan tindakannya berkongsikan posting mengenai Abam Bocey dimana dia mengharapkan orang ramai yang melihat posting berkenaan agar mendoakan sahabatnya itu.

Ternyata, perkongsian daripada Fad, Achey dan Ali Puteh di rancangan Meletop mendapat perhatian ramai dan ada juga yang akui terkejut selain rata-rata berterusan mendoakan arwah Abam Bocey.