eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

lebih 4 juta Orang Tonton Penjelasan Ali Puteh Mengenai Isu Kurang Enak

Setelah lebih seminggu pemergiaan Allahyarham Abam Bocey, ada pula timbul spekulasi yang kurang enak didengar apatah lagi ia membabitkan Ali Puteh dan balu abangnya, Noor Hidayah.

Isu berkenaan sekaligus membuatkan ramai kurang senang dengan Ali Puteh apatah lagi selepas mendengar video live usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang menemuramah Noor Hidayah dengan bertanyakan beberapa soalan.




Walau bagaimanapun, bagi mengelak timbulnya spekulasi dan fitnah akhirnya Ali Puteh telah tampil memberikan penjelasan tentang perkara sebenar mengenai isu yang baru-baru ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Isu yang dijelaskan termasuklah isu kereta, dompet, telefon dan tindakan balu arwah Abam Bocey yang keluar dari rumah. Ali Puteh tampil beri penjelasan



Ali Puteh memberitahu apa yang telah dilakukan hanyalah untuk menguruskan harta peninggalan arwah abangnya termasuklah mengenai hutang dan urusan faraid. Malah, dia turut menjelaskan sebab mengambil dompet arwah abangnya kerana memerlukan informasi berkaitan kerja dan segala hutang. Dalam pada itu, pelawak anggota kumpulan Puteh itu menafikan dakwaan kakak iparnya dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah kerana ia merupakan kemahuannya sendiri. Video dikongsikan Ria X telah mendapat lebih 4 juta tontonan sejak ia dimuat naik menerusi laman Facebook dan penjelasan dari Ali Puteh ini turut menerima pelbagai maklum balas daripada netizen. Apapun, diharapkan segalanya dapat diselesaikan dengan cara baik.

 SUMBER: Facebook Ria X