eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rindu Yang Terindah Drama Lakonan Redza Rosli, Amelia Henderson

Nantikan drama adaptasi novel 'Derita Terindah' karya Eshal Nuranis akan datang di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Amelia Henderson. Drama terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Emi Sufian.

JUDUL : RINDU YANG TERINDAH

EPISOD : 20 episod

TARIKH TAYANGAN : 2020

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENGARAH : Emi Sufian

PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin

WATAK PELAKON

Redza Rosli sebagai Hazill Wafiy
Amelia Henderson sebagai Airis Warda 
Adam Lee sebagai Hazim Wafiy
Esma Daniel sebagai Sofian
Maria Farida sebagai Raziah
Hazman Al-Idrus sebagai Zack

SINOPSIS RINDU YANG TERINDAH

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini. 

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” – Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

PELAKON DRAMA