eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sayu Lihat Ibu Tanggung Derita Lawan Kanser Lidah Tahap 4,Anak Rayu Doa Ibunya

Begitulah lumrah kehidupan dalam menguji sejauh mana kekuatan seseorang insan itu saat dilanda masalah. Adakah mereka mampu bertahan dan kuat dalam menghadapi takdir Tuhan? Terbaharu, mendapat perhatian ramai kisah duka yang dimuat naik di laman Facebook seorang gadis bernama Nurul Shafina mengenai nasib menimpa ibunya.


Mak Sedang Bertarung Nyawa Melawan Kanser

Menerusi posting tersebut, Nurul Shafina memaklumkan bahawa ibunya kini menderita kanser lidah tahap empat. Dia bagaimanapun dengan merendah hati meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan buat ibunya. Dia bagaimanapun tidak menyalahkan takdir dan reda di atas ujian yang dititip Tuhan kepada ibunya.

Dia Masih Lagi Fight Untuk Hidup

Lebih meruntun hati ramai apabila gadis berkenaan turut berkongsi beberapa foto keadaan ibunya. Dapat dilihat perubahan ketara yang dialami oleh wanita itu semasa dan sebelum menghidap kanser tersebut. Akui Nurul Shafina, ibunya sangat tabah dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk meneruskan hidup.


Moga Diberi Kesembuhan Dan Dipermudahkan Urusan

Dalam pada itu, posting yang dikongsi sejak semalam telah meraih lebih lima ribu shares selain dihujani dengan pelbagai reaksi. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan sebak mengenangkan nasib yang ditanggung keluarga ini. Malah ada antara mereka turut mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan buat wanita ini.





Sumber: Nurul Shafina