eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Zahirah Macwilson ‘Payung’ Foto Malam Berinai Lawa Sangat !

Nampaknya benarlah apa yang tular mengenai tarikh perkahwinan antara pasangan selebriti ini, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson apabila mereka dikatakan bakal bersatu pada 20.02.2020. 

Walau bagaimanapun, semalam membuatkan peminat dan pengguna media sosial teruja apabila tularnya foto majlis malam berinai pasangan ini yang bertemakan Bollywood.

Malah, satu rakaman video juga dikongsikan menerusi Instagram oleh MUA yang dikenali sebagai Nurul MF sehingga mendapat pelbagai pujian dan meraih perhatian ramai.



Video makeup Zahirah Macwilson di malam berinai cantik sangat




Kelihatan Zahirah Macwilson disolek untuk majlis malam berinai dengan begitu menawan oleh MUA berkenaan sehingga dipuji oleh beberapa selebriti tanah air dimana memuji kecantikan selebriti ini yang sememangnya kelihatan cantik.

Dalam pada itu, sekeping foto juga dikongsikan jurusolek ini dan Zahirah Macwilson atau turut disapanya Ira telah meraih ribuan tanda suka daripada ramai yang tidak henti-henti memujinya.



 Zahirah Macwilson menerusi Instagram miliknya tidak ketinggalan untuk berkongsikan momen bahagia itu kepada peminat dan pengikutnya.

Ternyata, perkongsian tiga keping foto majlis malam berinai oleh Zahirah Macwilson ini membuatkan peminatnya berpeluang mendoakan mengenai majlis perkahwinannya pula.

“A Bollywood dream..”





Selepas hampir enam bulan menjalinkan cinta, mereka membuat keputusan bertunang. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu yang dihadiri keluarga terdekat di kediaman keluarganya di Perth, Australia.

Sumber: Instagram