eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Isteriku 120kg (Tv1)



Drama adaptasi novel 'Isteriku 120kg' karya Siti Nur Dhuha bakal menggantikan drama Rahsia Hati di slot Widuri TV1. Menampilkan gandingan Amar Asyraf dan Jaja Iliyes. Disiarkan bermula 12 Mac, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam di TV1. 

JUDUL : ISTERIKU 120KG
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Malek Rahman
PRODUKSI : Media Space Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan

WATAK PELAKON

Amar Asyraf sebagai Aiman Zafril  
Jaja Iliyes sebagai Nelydia
Iswan Ismail sebagai Shahaikal
Afifah Nasir sebagai Syikin
Fauziah Nawi sebagai Nenek Masyitah
Lisa sebagai Aini
Mili Supina sebagai Datin Nerina

SINOPSIS ISTERIKU 120KG

Mengisahkan Aiman Zafril yang disyaratkan oleh Nenek Masyitah untuk mengahwini Nelydia sebelum harta keluarga dipindah milik kepada namanya. Nelydia merupakan rakan sepermainan Aiman ketika beliau berusia 7 tahun. Malangnya, Nelydia bukanlah pilihannya berdasarkan saiz badan yang besar.

Aiman tiada pilihan, dia perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, nenek Masyitah mahukan cicit pula. Jika tidak, jangan harap nenek Masyitah akan memberikan harta.

Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya.

Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?