eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ebit Lew Kongsi “Air Mata Mengalir Di Celah Mask,” Rintihan Petugas Barisan Hadapan

Keperitan yang dilalui mereka dapat dibayangkan menerusi nukilan yang dikirim oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook.

Sebak jer dari tadi,saya sampai jer berlari-lari Dr, Nurse, MA, guard, cleaner..senyum sampai telinga semua. Minta saya beri nasihat. Mereka dah down penat sangat. Saya cakap betapa besar pengorbanan mereka. Setiap peluh susah sedih diberikan pahala, diampunkan dosa dan dinaikkan darjat.
Covid 19 buat kita terpisah dengan semuanya. Dah tak peluk cium anak sangat dah. Semuanya berbeza dah. Hanya Allah yang membalas segala susah payah semua dan kesedihan. Allah yang akan membalas semuanya.


Ramai menangis jer masa beri nasihat. Air mata mengalir di celah mask. Merah mata semua menangis. Lepas tu ceria ajak bergambar. Hampir semua tempat pergi minta nasihat dan kata semangat.

Syukur hari ini kami ke 6 tempat klinik kesihatan au2 keramat, kk taman ehsan,kk selayang baru,kk rawang dan hospital serdang dan hosital putrajaya. Hantar aircond, kipas,face shield, cover plastik, dan barang-barang kering biskut,roti dll.

Syukur dapat beri motivasi dan semangat. Kita bantu mereka yer dengan stay at home dan jaga diri-diri masing-masing baik-baik.

Terima kaseh semua team pkum. Terima kaseh Abang Azman dan team BMWMCM. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew

Sumber: Ebit Lew