eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Jumpa Foto Disumbat Dalam Botol Aneh , Dikhianat Kawan Baik Sendiri

Sukar dinafikan hasad dengki juga boleh timbul dalam diri seseorang bila mana mencemburui kelebihan yang dimiliki oleh teman baiknya. Perkara ini turut dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Asanda di laman Twitternya mengenai perlakuan pelik rakan karibnya.



Saya Adalah Orang Di Dalam Gambar Itu

Menerusi posting tersebut, Asanda meluahkan rasa terkejut saat mendapati satu barangan aneh yang ditemukan di dalam almari pakaian temannya itu.  Kongsi wanita ini, dia secara tidak sengaja terjumpa gambarnya diikat dengan bungkusan plastik berwarna biru pada ranting dan disumbatkan ke dalam satu botol berisi air yang keruh.







Turut Berisi Kulit Ular, Kemenyan & Cecair Merah

Lebih mengejutkan, bungkusan plastik tersebut rupa-rupanya berisi kulit ulat, kemenyan dan cecair merah. Malah subangnya yang telah hilang sebelum ini turut dikepilkan bersama barangan aneh itu. Dia bagaimanapun masih tidak menyangka bahawa teman yang paling dipercayainya tergamak melakukan perbuatan ‘terkutuk’.


Ranting & warna biru membawa maksud sesuatu tidak baik

Rentetan penularan kisah itu, seorang individu terpanggil untuk mendedahkan maksud di sebalik barangan aneh yang dijumpai wanita berkenaan. Ujarnya, besar kemungkinan temannya itu cemburu akan kelebihan yang dimiliki wanita berkenaan dan cuba membuat hidupnya ditimpa musibah. Tambahnya lagi, ranting ros itu simbolik kepada perkara yang berkaitan cinta dan penyebab hatinya berkecai. Manakala plastik berwarna biru pula melambangkan kesedihan, kemurungan dan emosi tidak stabil yang akan membuatkan wanita itu tidak dapat lari daripada ditimpa malang dalam hidupnya.