eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Kalau Orang Dah Anggap Acah2 Baik… dah tu sampai bila nak acah2 jahat…”- Achey

Siapa yang dapat menduga Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey sememangnya mengejutkan buat ramai.


Apatah lagi buat dua rakan karibnya yang bgitu rapat , Achey mahupun Fad dimana mereka sama-sama dikenali ramai sebagai kumpulan Bocey bahkan pada awal Januari lalu juga mereka telah merangkul tempat ketiga dalam rancangan popular, Maharaja Lawak Mega 2019.

                                                           kemenangan Bocey Juara 2019

Kini tinggal berdua. Kesedihan Achey dan Fad turut dirasai peminat kumpulan mereka.

Walau bagaimanapun, ada juga yang kurang senang sehingga mengkritik mereka yang dikatakan meratap pemergian sahabatnya itu.

Timbulnya hal itu juga apabila ada netizen yang kurang senang apabila kedua-dua pelawak itu acap kali memuat naik posting mengenai arwah Abam.

Pun begitu, Achey dan Fad telah tampil menafikan dakwaan berkenaan. Terbaru, menerusi posting Achey dilaman Instagram kata-katanya melalui ruangan kapsyen membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen kepadanya.



Achey memberitahu orang akan menganggap acah-acah baik namun dia mengatakan pula sampai bila mahu menjadi acah-acah jahat.

“Orang akan anggap acah-acah baik… dah tuu sampai bila nak acah-acah jahat…

“Mula-mula memang acah-acah lama-lama ikhlas lah. Yang penting terus buat baik… doa yang baik-baik. Salah jumaat,” ujarnya yang turut menulis hashtag Kita Baik Ramai Sayang.

Kapsyen berkenaan membuatkan netizen bersetuju dengannya. Ini antara komen ditinggalkan peminat dan pengikut dilaman Instagram Achey dimana rata-rata setuju bahawa niat seseorang itu lagi penting.

“Ya betul asal kan kita niat yang baik-baik je”





SUMBER: ACEY