eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Nenek Tua Gigih Tolak Basikal Jual Kerepek Di Kaki Lima,Tak Mahu Raih Simpati

Tidak semua orang boleh hidup dengan mewah dan senang, ada juga yang terpaksa bekerja keras walaupun tak larat kerana usia yang semakin tua. Peribahasa ada berkata, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Itulah ungkapan yang menggambarkan keadaan seorang nenek ini di Terengganu.


Hari-Hari Tolak Basikal

Memetik daripada laporan Harian Metro, seorang warga emas bernama Lijah Awang terpaksa mencari rezeki meskipun sudah mencecah umur 72 tahun. Dengan badan yang membongkok, dia terpaksa menolak basikalnya dalam jarak agak jauh iaitu kira-kira 2KM setiap hari. Jelasnya lagi, kenderaan itu bukanlah untuk ditunggang tetapi semata-mata demi membawa barang jualan.

Demi Membayar Hutang

Menurut warga emas berkenaan, hasil yang didapati dari jualannya akan digunakan untuk membayar hutang. Hal ini kerana anak perempuannya, Rabiah Mohd Zain yang berumur 31 tahun mengalami masalah psikologi dan sering mengambil minuman di kedai-kedai tanpa membuat pembayaran. Meskipun hidup susah, ibu tua ini tak pernah merungut dan masih percaya dengan rezeki daripada Allah meskipun terpaksa bersusah payah.

Bersyukur dengan semua sumbangan yang diberikan

Meskipun kehidupannya susah dan dia terpaksa mencari rezeki dalam keadaan sebegitu, Lijah tetap bersyukur dengan rezeki yang diperolehi setiap hari. Tambah wanita tua ini lagi, dia berterima kasih pada yang sering memberikan sumbangan kepadanya walaupun dia tidak mahu menagih simpati daripada sesiapa pun.


Gambar Sekadar Hiasan