eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

PM Rasa Gembira Rakyat Makin Peka

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan meluangkan masa meninjau sebuah pasar raya di ibu negara.

Menerusi tinjauannya di pasar raya berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan negara berikutan penularan virus Covid-19, beliau lega apabila mendapati ramai rakyat semakin peka dengan keperluan penjarakan sosial.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam status akaun Facebook (FB) rasmi miliknya, hari ini.

Tidak sampai setengah jam status itu dipaparkan, ia mendapat 65,000 tanda suka, lebih 4,600 komen dan 4,400 perkongsian.