eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

TERKINI: 14 Kematian Akibat Covid-19 Dilaporkan Setakat Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 14 orang.

Menurutnya, kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Manakala, kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 pula merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.



Sumber: KKM