eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Abang rayu adik lelaki untuk pulang, berbulan2 hilang sampai bapa meninggal

Seorang lelaki merayu adik lelakinya pulang ke rumah setelah didakwa merajuk sebelum menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi laman Facebook, Abdullah Kadir turut memaklumkan bahawa bapanya Abd Kadir Ramli telah meninggal dunia petang semalam dan berharap adiknya dapat mengetahui perkara tersebut.

Menurut Abdullah, mereka sekeluarga sudah buntu bagi mencari adiknya malah laporan polis juga telah dibuat berhubung kehilangan remaja terbabit.

“Siapa yang mengenali lelaki berbaju merah maklumkan yang ayahnya telah meninggal dunia petang ni (semalam). Al-fatihah. Tolong kongsi supaya berita ni sampai padanya,” kata Abdullah

Pada posting berbeza, Abdullah dan ahli keluarga memohon maaf jika terdapat perbuatan yang mengguris hati adiknya dan berharap mereka akan bertemu kembali satu hari nanti.

“Pulanglah dik, umi rindu sangat. Semua orang tunggu. Kami mohon maaf dik apa yang salah dan silap. Mari kita buang yang keruh ambil yang jernih,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai butir peribadi adiknya dan lokasi terakhir yang didakwa hilang.

Sumber : Abdullah Kadir