eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Adakah Akak Nabila Rasa Menyesal Bagi No Phone Kat Kami?” Peluang Kedua Mencecah 1 Juta Tontonan

Penyanyi Nabila Razali mencuri tumpuan ramai berusia 27 tahun ini baru saja mengeluarkan single terbaru berjudul Peluang Kedua dan sekali lagi lagu terbaru nyanyiannya itu mendapat perhatian luar biasa ramai.

Oleh kerana itu, Nabila Razali memberitahu dia akan memberikan nombor telefon miliknya jika video muzik lagu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan. Ternyata, dalam tempoh yang tidak lama, akhirnya ia menjadi kenyataan apabila video muzik penyanyi ini telah meraih 1 juta tontonan.

“If hit 1 million views…”


Seperti yang dijanjikan, Nabila Razali menerusi laman Instagram peribadinya mendedahkan nombor telefon selepas videonya itu meraih lebih 1 juta tontonan.

“As promised…”

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian dia menunjukkan begitu ramai yang menelefon dan mesej kepadanya selepas nombor telefon didedahkan sehingga dia juga terkejut.

Nabila Razali membuktikan dia telah menunaikan janjinya lalu dia turut memberitahu bahawa telefonnya juga tidak henti menerima panggilan dan mesej menerusi aplikasi Whatsapp.

 Razali memberikan nombor telefon miliknya jika video muzik lagu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan




Gara-gara perkongsian Nabila Razali juga membuatkan peminat dan pengikut terkejut kerana dipenuhi dengan panggilan dan mesej yang jumlahnya bukan sedikit. Di ruangan komen juga, ada yang sempat berseloroh dengan situasi dihadapi penyanyi ini selain perkongsiannya itu meraih ribuan tanda suka. 

 “Dah boleh start biznes…”


Sumber:Nabila Razali