eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aiskrim Dari Sisa Kumbahan, Ramai Kata Nampak Sedap!

Tidak hairanlah apabila orang ramai melihat gambar aiskrim yang dihasilkan oleh beberapa orang pelajar dari National Taiwan University of Arts ini, ramai yang teringin untuk rasa aiskrim tersebut.





Popsikel-popsikel tersebut mungkin kelihatan seperti aiskrim yang dijual di trak-trak makanan artistik, tetapi satu gigitan boleh menyebabkan kita sangat sakit. Ini kerana ia sebenarnya diperbuat daripada sisa kumbahan yang terdapat di perairan yang tercemar di Taiwan.

“Nampak sangat cantik…”


Projek ‘Polluted Water Popsicles‘ adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran air yang semakin meningkat disebabkan pertumbuhan pesat ekonomi dan urbanisasi di negara itu.

Air diambil dari 100 sumber air yang berbeza di Taiwan dan ditukar menjadi popsikel bertoksik oleh 3 orang pelajar Hung I-chen, Guo Yi-hui, dan Cheng Yu-ti yang kemudiannya menggunakan resin poliester telus untuk mengukuhkan aiskrim itu agar ia dapat dipamerkan dan tidak cair.

“Ada antaranya yang nampak sedap…”



Kira-kira 90 peratus daripada air yang digunakan mengandungi sisa plastik seperti penutup botol dan pembungkus chopstick. Ia menjadi satu cara mudah tetapi berkesan untuk membuat orang ramai memikirkan tentang pencemaran air dari perspektif yang berbeza.