eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ajal 6 Ramadan, ‘rider’ Foodpanda maut kemalangan

Seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Zaim Azman dilaporkan maut apabila motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang pagi tadi.

Posting kejadian berkenaan dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Ezzan Danial dengan memuat naik beberapa keping gambar termasuk kad pengenalan mangsa.


“Penghantar makanan dari Kuala Selangor meninggal dunia akibat kemalangan di Meru,” tulisnya.

Posting oleh kakak ipar mangsa

Menerusi laman Twitter pula, rakan-rakan arwah turut bersedih atas pemergian mangsa yang berusia 21 tahun itu selain menitipkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Baru hari tu kau ‘wish birthday’ aku




Sumber : Facebook , Syazwani Abd Rahim , Twitter , Instagram