Jika sebelum ini mereka pernah ‘live’ di IG dengan perbualan crack bersama AC Mizal dan Zizan, kali ini PU Azman pula diajak berborak.
Dalam sedutan video yang dikongsikan di Twitter, pasangan itu telah menjemput Cik Man untuk hadir ke rumah mereka, namun PU tersebut mencadangkan untuk jemput lepas Covid sahaja.
Johan kemudian mengungkit bagaimana penceramah bebas itu tidak pernah pun melawat mereka sebelum Covid, mengundang penceramah itu untuk tiba-tiba ‘demand’ makanan-makanan yang perlu mereka masak untuknya. Menurutnya dia tidak makan seafood seperti udang dan hanya makan ikan laut sahaja. Dia juga mengaku seronok melihat Ozlynn memasak tetapi geram apabila makanan-makanan yang tidak boleh dimakan dimasukkan sekali. SUMBER: TwitterKahkah ni paling barai ðŸ˜ðŸ˜‚ pic.twitter.com/XmpPxwdtqB
— Akeem (@AkeemSharyzal) April 4, 2020