eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bayi Dikesan Positif COVID-19 Selepas Dilahirkan Ibunya Yang Juga Positif


PUTRAJAYA, 28 April — Seorang bayi dikesan positif COVID-19 selepas dilahirkan ibunya yang juga positif wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu berlaku semasa bayi itu berada dalam kandungan atau sebaliknya.

“Memang kita ada satu kes iaitu ibu mengandung melahirkan anak…18 hari dah positif.

“Kita tak pasti (jangkitan) mungkin berlaku masa mengandung tapi apa yang pasti semasa proses (kelahiran) tiada komplikasi berlaku,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kes berkenaan.

Sumber: BERNAMA