eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bayi melecur teruk dimuka ,Ibu rayu doa orang ramai

Bagi ibu bapa, melihat anak digigit nyamuk sudah mula risau, inikan pula terpaksa menanggung sakit yang tidak terperi. Sudah pasti, runtunnya jiwa hanya Allah yang tahu.

Dugaan di awal Ramadan, baru-baru ini di Facebook tular mengenai nasib seorang bayi perempuan yang melecur di bahagian muka akibat terkena air panas.

Melecur kena air panas

Menerusi perkongsian di Facebook ibu bayi, Intan Fadilah, anaknya yang terkena air panas sehari sebelum menyambut Ramadan masih lagi dirawat di hospital, di Kuala Pilah.



Tolong jangan berhenti doa

Dalam perkembangan terbaru, keadaan bayi yang bernama Nur Farah Maleesa ini dilihat semakin merisaukan, apabila hampir keseluruhan wajah mula luka akibat lecuran tersebut.



Kini apa yang diharapkan oleh ibu bapa daripada orang ramai adalah doa, mengharapkan agar bayi mereka segera pulih seperti sedia kala.