eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bella Astillah akui rujuk ketika dalam edah ,Kini sedang hamil

Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai Bella Astillah dan penyanyi Aliff Aziz mengenai hubungan mereka. Walau bagaimanapun, menerusi mStar, Bella Astillah mengesahkan dirinya dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk ketika mereka masih dalam edah.

Perkara berkenaan diungkapkan menerusi laman Instagram milik Bella Astillah apabila dia menerima beberapa komen daripada peminatnya lalu dijawab oleh penyanyi dan pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini.

“Alhamdulillah masa dalam iddah lagi…”


Bella Astillah membalas komen peminat dan pengikut dilaman Instagram apabila mereka bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff Aziz.

Dalam pertanyaan ramai buatnya, peminat dan pengikut dilaman Instagram Bella Astillah juga dilihat tumpang gembira selain mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

“Alhamdulillah, terima kasih atas doanya.”

“Semuanya Allah dah aturkan… semoga Bella dan Aliff kekal bahagia…”

Sebelum ini juga, dilaporkan bahawa Bella Astillah memberikan bayangan mengenai hubungannya dan penyanyi itu kembali rujuk sebagai suami isteri.

Ternyata, dia akhirnya akui apabila ramai pengikut dan peminatnya bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff Aziz dimana dia juga dilihat mengakui sedang hamil.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat dan pengikut memberikan komen positif terhadap responnya itu dengan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Aliff Aziz.