eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Budak Cina Mahu Jumpa Ebit Lew Untuk Peluk Islam

Seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew yang kini sedang sibuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Zulhamizam Mizam pada 18 April lalu dengan memuat naik gambar budak berkenaan yang dilihat turut memegang buku nota.

“Katanya nak jumpa ustaz Ebit Lew, nak perg Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan nak masuk islam. Mana tahu kot2 dia dapat belajar Islam di bulan Ramadhan yag akan tiba nanti.

“Itu je kita dapat bantu, ada la sikit2 dia cerita pasal keluarga tapi tak seronok kongsi dalam ni takut saya salah tulis,” katanya.

Posting berkenaan mendapat perkongsian hampir 600 kali dan beberapa komen netizen dimana mereka turut mendoakan agar budak itu akan dipertemukan dengan ustaz Ebit satu hari nanti.

Sumber:Zulhamizam Mizam