Budak Melecur Disambar Api Gara-Gara Bawa Botol ‘Handsanitizer’ - Keli Merah -->
Sejak wabak koronavirus semakin menular di seluruh dunia, seluruh warga dunia disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 70 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan.

Terbaru, perkongsian menerusi Facebook iaitu Kiki Henky Gunawan menjadi perhatian apabila seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dikatakan melecur disambar api ketika membawa botol cecair pembasmi kuman (sanitizer) berhampiran dengan tempat membakar sampah.

Menurut individu itu, kejadian berlaku apabila mangsa mendekati keluarganya yang sedang membakar sampah di ruangan halaman rumah.

Akibat kecederaan itu, mangsa telah  dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun malang apabila pihak hospital terpaksa menolak kerana sudah terlalu ramai pesakit ekoran wabak Covid-19.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Rumah Sakit Mandaya Karawang bagi mendapatkan rawatan sebagai pesakit umum dan nasib menyebelahinya kerana dia berjaya diselamatkan.

Ketika dihubungi media tempatan, individu yang berkongsikan kisah anak ini menjelaskan bahawa dia kini sudah beransur pulih.

“Saat ini, Ganjar sudah kembali ke rumah neneknya di Desa Pinayungan, Kecamatan Telukjambe Timur, Kabupaten Karawang.

“Sekarang sudah membaik, sudah beres operasi dan ada dirumah,” tambah Kiki.

Budak Melecur Disambar Api Gara-Gara Bawa Botol ‘Handsanitizer’

Load Comments

Notifications

Disqus Logo