eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Damba CintaMu’, Gandingan Hebat Alif Satar Sama Raihan

Berkonsepkan ketuhanan, lagu ini sudah pun dikongsikan versi penuhnya. Tajuk lagu baru Alif Satar dan Raihan ini berjudul Damba CintaMu. Muzik video penuh lagu ini telah dimuatnaik menerusi siaran YouTube Alif Satar 15 jam lalu dan telah meraih hampir 132 ribu tontonan.

Lirik Damba CintaMu ini sememangnya cukup membuatkan terkesan di hati. Ditambah pula dengan suara merdu Alif Satar dan Raihan boleh buat rasa meremang!


Berikut adalah muzik video penuh Damba CintaMu, lagu terbaru Alif Satar dan Raihan:


Lagu cukup menusuk kalbu ini dicipta sepenuhnya oleh Abu Bakar Md Yatim dan rata-ratanya memuji serta mengakui tersentuh apabila menoton muzik video ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“…MV dan lirik lagu ni yang sangat menyentuh. Masyaa Allah, air mata mengalir tanpa henti. Kita doakan yang terbaik untuk semua”

Sumber:Alif Satar