eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dr Noor Hisham Antara Terpilih Sertai Saintis Dunia Lakukan Kajian Perangi COVID-19


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Dalam satu kenyataan, Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbangga dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian yang akan memberi manfaat kepada semua.

"Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, jadi jika terdapat penyelesaian yang ditemui atau dibangunkan, ia akan tersedia untuk semua pihak menerusi kerjasama ini.
"Gabungan ini menggalakkan lebih banyak kolaborasi global dan mendorong keupayaan kami untuk mencari penyelesaian dan memperkuat keupayaan saintifik kami untuk melawan pandemik ini," katanya.

Selain para saintis, gabungan ini terdiri daripada pakar perubatan, penderma dan pembuat dasar dari lebih daripada 70 institusi dari lebih dari 30 buah negara.
Penandatangan lain termasuk Profesor Universiti Kesihatan dan Sosial Sosial Kolokotrones di Sekolah Perubatan Harvard, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur di Perancis, Stewart Cole; dan saintis kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

SUMBER:Awani