Individu yang dimaksudkan ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Pengumuman beliau setiap hari mengenai perkembangan wabak COVID-19 di Malaysia sering kali dinantikan oleh masyarakat.
Baru-baru ini, viral di Twitter apabila wajahnya disamakan dengan salah seorang watak dalam filem Harry Potter. Tweet tersebut yang dihasilkan oleh salah seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Puteri Farhana.
Melalui tweet tersebut, dia mengatakan bahawa wajah Dr. Noor Hisham seiras dengan wajah salah seorang watak Harry Potter iaitu Remus Lupin.
Perkara ini juga dipersetujui oleh para pengguna Twitter yang lain. Kebanyakannya terhibur dan mengatakan yang wajah beliau memang seiras dengan watak terkenal itu.Kenapa everytime I tengok Dr Noor Hisham ni buat I teringat kat Remus Lupin.— puteri farhana (@putriefarhana) April 4, 2020
Why why whyyyy 😭 pic.twitter.com/LcWjVKTlY8
SUMBER: Puteri Farhana