eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dr Noor Hisham “Itu Pengiktirafan Untuk Negara Kita,”

Sesuai dengan kecekapan beliau dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah diiktiraf oleh rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani wabak Covid-19.

Beliau disenarai bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Pada sidang media hari ini, Dr Noor Hisham ditanya mengenai pengiktirafan tersebut dan jawapannya menarik perhatian ramai kerana sikap rendah diri yang ada padanya.

Menurutnya, ia merupakan pengiktirafan bagi negara dan beliau memanjatkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk menteri-menteri, Perdana Menteri dan petugas barisan hadapan.

Saya rasa itu pengiktirafan untuk negara kita, apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan bekerja sebagai satu pasukan dan kita memberi nasihat.

Yang pastinya yang membuat keputusan bukan saya tapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, contohnya yang kita lihat pada PKP, Perdana Menteri yang melaksanakan, kami hanya memberi nasihat.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada semua kementerian dan menteri-menteri yang bekerjasama melaksanakan PKP

Kita juga kena ucapkan terima kasih pada petugas barisan hadapan sama ada dari pihak kesihatan atau Polis Diraja Malaysia dan kepada mereka yang tampil ke depan untuk melaksanakannya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia