eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Korban Kasih Lakonan Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya,Ummi Nazeera

Drama adaptasi novel 'Korban Kasih' karya Fatimah Saidin akan menemui penonton di RTM TV1 pada bulan Ramadan nanti. Menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya, terbitan Mache All Star United. Akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan pukul 7 malam di TV1.

JUDUL : KORBAN KASIH
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Jalil
Azrel Ismail sebagai Jamil
Zara Zya sebagai Fatimah
Ummi Nazeera sebagai Aisha
Dynas Mokhtar sebagai Norizah
Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail
Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah
Nadiyah Shahab sebagai Fika
Elnisa Ryun sebagai Farah
Riz Amin sebagai Fuad
Meor Mohd sebagai Hassan

SINOPSIS KORBAN KASIH
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.