eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ebit Lew sebak lihat mereka menangis kenang ibu ayah ,Ketika Santuni banduan akhir

Kembali menyantuni golongan susah selepas mendapat sokongan ramai pihak, hari ini Ustaz Ebit Lew telah menyantuni penghuni-penghuni disebalik tirai besi pula.

Jengah banduan akhir
Menerusi perkongsian beliau di Facebook, Ebit Lew telah bertemu dengan 40 orang banduan akhir yang sedang menunggu dijatuhkan hukuman di Penjara Kajang.

Seperti biasa, beliau mengakui sebak melihat tangisan keinsafan para banduan yang menyesali setiap apa yang telah dilakukan. Tambahan pula mereka tidak putus menyebut tentang ibu dan ayah.


Ada antara mereka hafal al-Quran

Dalam pada itu, Ustaz Ebit lew sempat memberikan sedikit perkongsian ilmu bersama-sama mereka dan ada juga daripada mereka menghafal al-Quran.

Menurutnya lagi, kebanyakkan daripada mereka sangat warak dan wajahnya begitu menenangkan.



Infak beberapa buah mesin basuh

Dalam pada itu, Ebit Lew juga turut menghadiahkan beberapa buah mesin basuh bagi kegunaan mereka semua di dalam penjara.


Sumber : Ebit Lew