eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Foto Keindahan ‘Super Pink Moon’ Memukau Pandangan

Supermoon berlaku apabila bulan berada dalam lingkungan 90% daripada perigee yang merupakan pendekatan yang terdekatnya ke bumi dalam orbit. Bulan akan kelihatan lebih cerah dan besar di langit.

Bulan purnama April atau lebih dikenali sebagai bulan merah jambu adalah yang paling dekat dengan bumi pada tahun ini. Ia merupakan bulan penuh pertama pada musim bunga.

Menurut Old Farmer’s Almanac, namanya berasal dari bunga liar asli Amerika Utara yang mekar pada awal musim bunga iaitu ‘Phlox Subulata’ yang dikenali sebagai ‘pink moss’.

Bulan tersebut tidak akan kelihatan merah jambu namun ia mungkin kelihatan lebih keemasan kerana ia naik di atas ufuk.

Masyarakat seluruh dunia sudah semestinya tidak melepaskan peluang untuk memuatnaik koleksi gambar fenomena bulan tersebut di laman media sosial


SUMBER:CNN