Seorang lagi wira negara kini pergi meninggalkan kita. Ahmad Shah Haji Abdul Karim, seorang Pembantu Pegawai Kesihatan (PPK) di sebuah klinik kesihatan Johor telah meninggal dunia semalam, 18 April 2020. Khabar duka itu telah dikongsikan anak dan sahabatnya di laman Facebook mereka.
Assalamulaikum… Saya mewakili ayah saya arwah Ahmad Shah bin Hj. Abdul Karim menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau sepanjang beliau bertugas di klinik kesihatan ataupun di hospital ada menyinggung perasaan atau menyakiti mana-mana pihak .
Sekiranya sesiapa yang berhutang dengan beliau kami sekeluarga halalkan dan sekiranya beliau ada berhutang dengan sesiapa sila tuntut dengan saya warisnya.(anak dan isterinya)
Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.. Aamiin.
Menurut Muhamad Haziq, Allahyarham tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius selain kolesterol dan bukanlah meninggal dunia kerana virus COVID-19.
Kesedihan itu turut dikongsi rakan setugas arwah, Hairul Kifli Madoon di laman Facebook miliknya.
Takziah buat Haziq sekeluarga. Semoga Allah tempatkan Allahyarham Ahmad Shah bin Hj. Abdul Karim dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.
Sumber: Muhamad Haziq / Hairul Kifli Madoon