eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gara2 Cuba Betulkan Seluar Orang Tidak Dikenali, Lain Yang Jadi

Trend memakai seluar londeh yang terkenal dalam kalangan orang lelaki bukanlah sesuatu yang baru. Fesyen ini telah dipopularkan oleh pemain skateboard dan artis hip-hop sejak sekitar tahun 1990-an.

Ada juga yang mengatakan gaya seluar londeh yang dikenali sebagai sagging itu berasal dari budaya penjara di mana banduan dilarang untuk memiliki dan memakai tali pinggang, menyebabkan kekurangan seluar yang sesuai.

Walau bagaimanapun gaya sagging yang kita biasa lihat di sekeliling kita melibatkan lelaki-lelaki muda memakai seluar jeans yang londeh bersama tali pinggang untuk menunjukkan boxer yang mahal dan berwarna warni.

Bagi yang tidak memahami asal usul trend tersebut sudah pasti akan melihatnya sebagai sesuatu yang mengarut. Malah rata-rata orang pasti rimas setiap kali melihat lelaki berseluar dengan gaya tersebut.

Seperti dalam satu video yang tular, seorang lelaki berkulit hitam dilihat berjalan di tengah-tengah bandar yang sibuk dengan seluarnya yang londeh dan kelihatan hampir terjatuh.





Kemudian seorang lelaki berkulit putih berlari ke arahnya sambil membawa tali pinggang untuk membetulkan seluarnya.

Tanpa amaran, lelaki mat salleh itu kemudian menarik seluar lelaki berkulit hitam tersebut ke pinggangnya membuat lelaki tersebut terkejut.

Namun niatnya untuk membetulkan seluar lelaki tersebut gagal apabila seorang lelaki lain datang menumbuknya kerana menyangka dia berniat jahat.






Sikap prihatin yang ditunjukkan lelaki berkulit putih itu dalam cuba untuk membetulkan seluar individu yang tidak dikenalinya, serta lelaki yang cuba melindungi individu yang juga tidak dikenalinya sehingga tercetus pergaduhan antara mereka berdua membuat netizen geli hati.

Sumber: Twitter