Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid - Keli Merah -->
ALOR SETAR, 17 April — Semua masjid di Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat fardu berjemaah dengan bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang, iaitu terdiri daripada imam bersama dua ahli jawatankuasa kariah masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata kebenaran yang telah mendapat perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkuat kuasa serta-merta.

“Walaupun bilangan jemaah itu kecil dari kebiasaan, namun dari sudut Islam ia sudah melepasi tuntutan fardu kifayah dalam kariah. Saya juga mengingatkan supaya kedudukan antara jemaah dijarakkan satu meter seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hanya jemaah yang sihat dibenar mendirikan solat berjemaah di masjid dan kebenaran ini hanya untuk solat fardu sahaja, solat Jumaat dan sunat Tarawih (pada bulan Ramadan ini) tidak dibenarkan,”  katanya selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas di satu sekatan jalan raya, di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kebenaran itu hanya diberikan kepada masjid dan ia bergantung kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19 di negeri itu.

“Jika keadaan lebih baik mungkin boleh ada solat Tarawih dan solat Jumaat selepas ini, tetapi jika pandemik COVID-19 lebih serius maka kebenaran solat fardu berjemaah tiga orang di masjid mungkin boleh ditarik balik,” katanya.

Dalam pada itu, Syeikh Fadzil meminta umat Islam supaya jangan bersedih berikutan tidak dapat menunaikan solat Jumaat dan Tarawih berjemaah di masjid, kerana mereka masih boleh berjemaah bersama keluarga di rumah serta mendapat pahala yang sama.

Katanya, adalah penting pada ketika ini  semua umat Islam bekerjasama membantu mengekang penularan COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid

Load Comments

Notifications

Disqus Logo