Berikutan segelintir pihak yang kurang senang terhadap tindakan ustaz Ebit Lew, pengacara TV dan motivator Amin Idris terpanggil berkongsi pengalamannya setelah berada di dalam industri seni.
Menerusi laman Facebook, pengacara yang mesra dipanggil ‘Bro Amin’ itu berkata sifat hasad dengki sememangnya wujud termasuk dalam kalangan para ilmuwan yang cemburu melihat kelebihan orang lain.
Menurut Amin, beliau sendiri menjadi mangsa hasad dengki seorang ustaz yang dianggap sebagai sahabat tetapi bersikap ‘talam dua muka’ apabila berada di belakang.
Dengki ustaz lain lagi popular, banyak ‘job’
Beliau turut memberikan kata-kata semangat buat Ebit agar cekal menghadapi ujian tersebut dan mungkin itu petanda Allah SWT untuk bermuhasabah serta memperbaiki kelemahan yang ada.
Sumber : Amin Idris