Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.
Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 40,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.
Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 40,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian.
Najib turut berharap agar pendakwah keturunan Cina berkenaan dapat meneruskan aktiviti amal itu dan kebaikannya hanya mampu dibalas oleh Allah SWT.
“Semoga semua urusan dipermudahkan. Mulia perjuangan dan hati Ustaz membantu mereka yang memerlukan.
“Moga suatu hari nanti Ustaz dapat meneruskan aktiviti amal ini. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya,” tulisnya.
Terdahulu, Ebit memberitahu beliau dipanggil ke Bukit Aman sejak malam tadi kerana terdapat laporan berhubung khidmat bantuannya yang tular di media sosial.
Sumber : Najib Razak