eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Hidayah Rindu Terkenang Sambut Puasa Dengan Arwah Abam

Bulan Ramadan tahun ini tentu sangat berbeza seperti tahun lalu buat balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah. Menerusi Instagram, Hidayah melauahkan rasa sedih menyambut bulan puasa tanpa suaminya disisi.

Hidayah terkenang kembali kenangan ketika dia dan Arwah Abam pulang ke kampungnya di Sabak Bernam untuk berbuka puasa bersama keluarganya. Menurut Hidayah, suaminya gemar membeli murtabak, ayam golek dan macam-macam lagi setiap kali ke bazar Ramadan.
Menerusi entri itu, Hidayah turut memuat naik video kenangan bersama Abam ketika pulang ke kampung bertemu keluarganya. Hidayah turut mendoakan semoga suaminya tenang di sana.

Perkongsian Hidayah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan agar arwah Abam berada dalam kalangan orang yang beriman.