eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jadi Bualan Ramai Iklan Kreatif Mi Segera Gara-Gara...



Di Malaysia sendiri, saban tahun menjelang Ramadan dan Aidilfitri banyak syarikat yang akan mengeluarkan iklan jenama masing-masing. Seperti biasa nama pun iklan pasti akan ada menyelitkan serba sedikit mengenai jenama syarikat tertentu itu.

Namun berbeza bagi satu iklan yang diterbitkan oleh sebuah syarikat makanan di Indonesia ini. Menerusi iklan tersebut kelihatan seorang lelaki sedang memasak sesuatu namun tidak kelihatan sebarang makanan. Video tersebut tidak memaparkan langsung makanan yang diiklankan membuatkan ramai pelik.

Iklan sempena Ramadan ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih perhatian ramai.





Biarpun hanya berdurasi 15 saat, namun iklan pendek ini sudah meraih lebih 600 ribu tontonan dan hampir 20 ribu retweets serta 23,900 likes.

Selain itu pemilik akaun Twitter ini turut berkongsikan video iklan kreatif mi segera ini versi sudah berbuka. Barulah tahu masakan yang dimasak lelaki itu rupanya mi segera!







Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai iklan kreatif mi segera ini di ruangan komen seperti berikut:

“Maknanya kalau mahu beli Indomie lepas azan Maghrib baru mi nya ada”