eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jumlah Korban COVID-19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 160,000, Kes Positif Lebih 2.3 Juta

ANKARA, 19 April — Jumlah korban COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi  berita Anadolu.

Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.

AS terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu, dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.

Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi  194,410.

Virus maut itu telah merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember.

Sumber: BERNAMA