eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Ke Sana Ke Sini’ Dari Buletin Utama Buat Netizen Tergelak

Terbaru Buletin Utama TV3 telah membuat liputan berkenaan keadaan di pusat komuniti Sentul Perdana yang menempatkan ratusan gelandangan itu dan menemubual beberapa individu yang menghargai usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian penonton adalah beberapa adegan di penempatan itu di yang mana tidak seperti tinggal di jalanan, kini mereka mempunyai privasi dan ruang khas untuk diri masing-masing.

Hasilnya, dapat dilihat ada yang lena tidur di tilam masing-masing, seronok berbual antara satu sama lain dan membuat kawan baru, dan paling menghiburkan ada yang meluangkan masa berjoget di dalam kubikel.




Selain itu siaran berita itu juga sempat menyertakan versi rap ucapan ‘ke sana ke sini’ perdana menteri yang tular apabila terdapat individu gelandangan yang dilihat buntu mencari jalan pulang ke kubikel. Laporan tersebut membuat rata-rata netizen ‘tidak percaya’ mereka menonton berita dan berdekah dengan seloroh Buletin Utama TV3 itu. 

 SUMBER:Twitter