eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau Covid-19

Selepas Perlis yang menjadi negeri pertama yang disahkan zon hijau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kini giliran negeri Kedah dan Kelantan pula diisytihar sebagai zon hijau Covid-19.

Kedah dan Kelantan disahkan zon hijau selepas tiada lagi kes aktof di dua negeri tersebut dan masing-masing mempunyai 1 daerah yang bebas kes positif Covid-19.

Selain 3 negeri tersebut, negeri Perak juga mampu diisytihar sebagai zon hijau kerana sehingga semalam hanya ada dua kes sahaja yang masih aktif dan berharap tiada pertambahan kes di negeri tersebut hari ini.

Untuk rekod, Kedah mencatat kes kumulatif Covid-19 sebanyak 95 kes manakala Kelantan 155 kes. Perlis menjadi negeri jumlah kes paling sedikit setakat ini, hanya 18 kes dan menjadi negeri pertama diisytihar sebagai zon hijau.

Walaupun begitu, penduduk di tiga negeri tersebut perlu terus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa keempat. PKP Fasa 4 ini amat penting untuk pemulihan Malaysia daripada penularan pandemik Covid-19.




Sumber: KKM