Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Hampiri Angka 400 - Keli Merah
JAKARTA, 13 April (Bernama) — Kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 399 orang, dengan lebih 200 kematian itu berlaku di Jakarta.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 26 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 316 kes positif baharu, menjadikan kes positif kini sebanyak 4,557,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 204 kes, diikuti Jawa Barat (52 kes), Jawa Timur (30) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Hampiri Angka 400

Load Comments

Notifications

Disqus Logo