eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kes positif COVID-19 melepasi 3 juta di seluruh dunia

PARIS: Lebih daripada tiga juta kes jangkitan COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, dengan hampir 80 peratus daripadanya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Mengikut data AFP, sebanyak 209,388 kematian, kebanyakannya di Eropah di mana terdapat 1.4 juta dan 126,233 kematian.

Amerika Syarikat, negara di mana pandemik COVID-19 berkembang paling pesat, terus merekodkan peningkatan kepada 980,008 kes termasuk 55,637 kematian.

Sementara itu, data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 70,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam dengan tujuh negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000.

Di Eropah, Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 229,000 dan 199,000 kes.

Itali pula dijangka melepasi angka 200,000 ketika negara itu kini mengumumkan pelan melonggarkan sekatan bermula 4 Mei ini setelah mencatatkan penurunan kes positif dan kematian dari hari ke hari.

Negara keempat dan kelima mempunyai kes positif yang tinggi adalah Perancis dan Jerman dengan masing-masing merekodkan 162,000 dan 158,000 kes.

Sementara United Kingdom (UK) dan Turki pula mempunyai kes positif 158,000 dan 112,000 kes.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 887,000 di seluruh dunia.

Negara-negara di Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik itu kini mula melonggarkan sekatan setelah mencatatkan penurunan kes positif dan kematian sejak seminggu lalu. - AFP